Tuesday 31 January 2012

Man vs Women..



Nak  share  kisah  my  fren  yg  tinggal  berjauhan  dengan  suami  nya..


Bila  si  suami  balik  nak  layanan  1st  class  dari  isteri  dia..
Suami  nak  bila  balik  rumah  isteri  masak  lauk  berjenis2..
Nak  makan  kuih  muih  minum  petang  isteri  buat..
Rumah  kena  bersusun  n  berkilat..
At  the  same  time  nak  kena  urus  kids  n  house  chores  yg  melambak..

Si  isteri  pulak  bila  suami  balik, nak  suami  yang  take  over  jaga  the  kids..

Baru  suami  tahu  perangai  n  ragam  anak  camner..
Makan  luar  pulak  la, da  muak  hari2  masak  n  makan  masakan  sendiri..



So  Harapan  Masing2  da  tak  sama..
Banyak  perkara  da  berbeza..
  
Cuba jawab soalan ni. Jika jawapannya YA ...Insya ALLAH anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.


Bila berjauhan >> sering menelefon antara satu sama lain?
Kalau makan >> teringat pasangan masing-masing?
Peka dengan permasalahan pasangan masing-masing?
Jika bermasam muka - sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan ALLAH dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?

Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia ini. Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis bila berinteraksi dengan isterinya?

Aisyah dipanggil dengan nama "Humaira". Apabila Rasulullah minum air dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya, Baginda akan minum tempat mana Aisyah minum.

Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.

kate  pun  lelaki  suka  ikut  SUNNAH  nabi..




Friday 27 January 2012

>> speechless..


i  hav  try  s0  hard..
but  i  can't  help  myself  t0  forget  it..
s0  saD..



when  i'm  sad  d0esn't  mean  that  i'm  weak..
since  birth  it  always  been  with  me..
that  a  big  sign  that  i  were  alive..
toddles..

Thursday 26 January 2012

:: Kenapa Perlu 1, 3, 7 & 40 ::



Apa Itu Kenduri Arwah?
Merujuk kepada persoalan tersebut, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu apa yg dimaksudkan dengan kenduri arwah menurut perspektif masyarakat melayu khususnya.Dalam masyarakat melayu, kenduri arwah kebiasaanya diadakan sempena memperingati serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga yg meninggal dunia. 
Selepas sahaja bacaan zikir-zikir dan doa untuk si mati, pihak tuan rumah akan mengadakan jamuan buat santapan para tetamu..
Bagaimana Pula Hukum Kenduri Arwah?
Melihat kepada masalah ini, para ulama’ khilaf  berkenaan kenduri arwah yang dilakukan oleh keluarga si mati. Ini kerana tidak ada nas yang jelas samaada daripada Al-Quran mahupun Hadis dalam penganjuran kenduri arwah ataupun melarangnya.
Namun sekiranya kenduri arwah ini dilakukan oleh orang lain yg bukan dikalangan keluarga si mati maka ia digalakkan oleh Rasulullah SAW. Imam Syafie’ menyebutkan hal ini:


Maksudnya: “Dan aku menyukai bagi jiran atau kerabat menyediakan makanan kepada ahli keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya dengan makanan yang mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan juga merupakan pekerjaan orang yang baik sebelum kami.”
Namun begitu sebahagian ulama’ lain pula berpendapat bahawa ianya tidaklah tertolak kerana perkara sebegini tergolong dalam masalah khilafiyah dan ianya adalah digalakkan oleh Islam serta dapat menambahkan pahala kepada si mati.


Berkata Imam Al-Ghazali di dalam ihya’: “Bukanlah semua perkara bid’ah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bid’ah yang bercanggah dengan sunnah yg tetap dan thabit dan membuang segala arahan syara’.
Ibnu Athir berkata di dalam An-Nihayah: “Bid’ah terdapat dua bahagian iaitu bid’ah petunjuk dan bid’ah kesesatan, sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW maka ia adalah perkara yang tercela, manakala perkara yang berada di bawah arahan Nabi secara umum maka ia adalah terpuji.” (An-Nihayah  oleh Ibnu Athir jilid 1 muka surat 80)
Justeru, untuk melaksanakan kenduri arwah ini ulama’ telah menggariskan beberapa syarat supaya kenduri arwah ini menjadi harus dan selari dengan syariat Islam:
Pertama
Segala hutang yang bersangkut paut dengan si mati telah pun dijelaskan semuanya termasuklah perbelanjaan dalam urusan menguruskan jenazah si mati.
Kedua
Perbelanjaan untuk menguruskan kenduri arwah tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati melainkan setelah terlaksananya pembahagian harta fariad kepada waris. Jika sekiranya semua waris redha (tidak ada waris yang belum baligh dan tidak ada yang cacat akal) maka boleh diadakan majlis tersebut sebelum selesainya pembahagian harta faraid.
Ketiga
Pelaksanaan kenduri arwah bebas daripada iktikad mengatakan bahawa sunat mengadakan pada hari pertama, ketiga, kelima, ketujuh dan keempat puluh. Maka sebarang penetapan bilangan hari adalah dilarang dan ianya termasuk dalam perkara bida’ah.
“Jadi kenduri arwah bukah satu kewajipanlah ye?
Bertanya seseorang.

“Ye, bukan begitu. Janganlah kerana nak adakan kenduri arwah sampai sanggup berhutang dan bersusah payah, buatlah sekadar termampu dan bila-bila masa sahaja..
“Oh macam tu rupanya..
“Satu lagi, niat juga memainkan peranan penting..usah anggap ianya sebagai tuntutan wajib yang perlu dilakukan waris sehingga mendatangkan mudharat..
Apa Maksud Tahlil Arwah Dan Bagaimana Hukumnya Pula?
Tahlil bermaksud suatu ungkapan atau kata-kata yang bertujuan memuji dan membesar-besarkan Allah SWT serta iringan doa agar si mati diberikan pengampunan oleh Allah SWT.
Menurut Doktor Sayyid Sabiq, amalan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga si mati dan kerabatnya yang memberi manfaat ialah:
1. Doa dan Istighfar
Imam Ar-Ramli di dalam Minhaj dan Ibnu Silah mengakui bahawa bacaan orang hidup kepada roh si mati diterima sebagaimana kita berkata:


Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang kami baca kepadanya!”
2. Sedekah
Imam Muslim menegaskan berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bermaksud:


Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Sesungguhnya ayahku telah meninggal dunia dan meninggalkan harta. Beliau telah mewasiatkan harta tersebut kepadaku. Apakah patut aku bersedekah dengan harta tersebut? Sabda Rasulullah SAW: “Ya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Nasai’e)
Amalan ini turut disokong oleh Ibnu Taimiyyah dan Imam Nawawi.
3. Haji
Ibnu Abbas meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW maksudnya:


Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan tidak sempat melakukan ibadah haji. Apakah boleh aku mengerjakan Haji untuknya?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerjakanlah Haji untuknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)
Imam Nawawi berkata di dalam kitab Syarah Muslim bahawa kebanyakan ulama’ termasuk Imam Syafie’ berpendapat harus mengerjakan Haji ke atas si mati samaada Haji Fardhu atau Haji Nazar.
4. Membaca Al-Quran
Imam Syafie’ menyebut di dalam kitab Al-Fiqhi Mazahib Al-Arba’ah bahawa pahala membaca Al-Quran sampai kepada mayat. Begitu juga Ibnu Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni menyebut bahawa pahala bacaan Al-Quran itu sampai kepada si mati berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kepada orang mati di kalangan kamu.”
Beliau menyebut lagi, bahawa ijma’ ulama’ bersepakat bahawa pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dan mereka sentiasa melakukannya dan tidak ada di kalangan mereka yang mengingkari.
Manakala di dalam Nihayah Al-Muhtaj menyebutkan:


“Disunatkan membaca Al-Quran dan berdoa setelah selesai membacanya. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada si mayat dan doa selepas membaca Al-Quran lebih cepat dimakbulkan.”
Sekian, Wallahhualam......

Wednesday 25 January 2012

Friday 20 January 2012

~ ALLY Iskandar nikah Farahin LEE ~


"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." 
   
ALLAH tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka ALLAH telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.
SONY DSC
Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.



Nak kena baling batu ke?


A ade kat atas bangunan. 
B berada di tingkat bawah. 
A nak panggil B, tapi B tak dengar. 
A pun baling duit syiling ke B dengan harapan B mendongak ke atas. 
Tapi B terus tunduk amik duit syiling tu tanpa memandang ke atas [ke arah A].

Bila A membaling batu ke bawah, lalu mengenai si B, baru B dongak ke atas.

Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke? Bila dibagi musibah baru nak pandang Allah??

Bila diberi nikmat tak dikongsi sikit pun dengan orang yang memerlukan (bersyukurlah) ..


Wednesday 18 January 2012

Sunday 15 January 2012

Big Spring Cleaning..





I spent my weekend cleaning our house >>
Just the 2 of us, me n my husb. >>
Our kids pagi2 lagi da menangis2 nak ikut my sis to my mom house >>
While doing cleaning i think of Cinderella >> bole plak i nak perasan jap..

But both of us are happy contributing for our house >>
Cleaning is a part of healthy living >> i think..
After that non stop cooking n non stop eating >> hahahaaaa....

We hav a fabulous weekend after all >>
Hope this will lasting >> insyaALLAH...

Please Ya ALLAH don't stop watching over us....



Lasting...



A  simple  Bye  make  us  cry..

*

*

A  simple  Jokes  make  us  laugh..

*

*

A  simple  Care  make  us  fall  in  love.. 

*

*

i   miss  u..


Friday 13 January 2012

Diandra arjunaidi so sweet..

pagi  tadi  tengok  NLKO  ada  artis  YouTube  baru  nie..
Diandra  Arjunaidi..
So  Sweeeeettt  cool  sangat...
keep  it  up..
akan  bersinar  la  kamu..
tadi  rambut  DA  hitam..


***


**


*




‎::Nasihat Imam Ghazali::

~ Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati ~


1. Pintu marah dan syahwat...
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan...
3. Kekenyangan makanan...
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga...
5. Keinginan mengampu...
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu...
7. Harta dan wang ringgit...
8. Lokek dan takutkan kemiskinan...
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina...
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan     

      dan di luar akal fikiran...
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin..



Thursday 12 January 2012

Minggu yg penuh kesuramanan n ketidaksihatan..



Lately  semua  kat  rumah  nie  tak  sihat..
The  weather  also  mendung  n  sejuk..
All  the  kids  including  me  hav  flu..
My  sweet  zaraa  sampai  kena  nebulizer, flu nya  bukan  teruk  sangat..
1  nite  enough  for  her  to  take  her  neb....
Alhamdulillah  now  everybody  are  getting  better..


Macam2  dugaan  nak  membesarkan  all  my  kids..
Jatuh , sakit,  menangis, gembira, ketawa..

Semua  nya  proses  untuk  they all  membesar..
Semoga  they  all  akan  menjadi  insan  yang  SOLEH..
amiinnn..


Awan Bentuk Tsunami Di Langit Segamat, Johor..




Terlambat  la  pulak  nak  post  entry  nie..
" 24  December  2011 "
Awan  berbentuk  ombak  besar  kat  Bandar  Segamat..
Tempat  nie  memang  laluan  biasa  we  all  nak  ke  bandar..
Tak  jauh  dari  rumah..Petanda  apakah  ini..
Tunggu  saja..
..ALLAHU AKBAR..


Monday 9 January 2012

:: Doctor Ezani Juara MasterChef Malaysia ::


doc. gigi..



Ezani  ni  favourite  my  husb..
Awal2  lagi  my  husb.  da  teka  mesti  Ezani  yg  jadi  Juara..
Tadi  dia  cakap  tengok  macam  dia  takde  b/f  lg  je..
Ada  i  kisahhh....
Ezani  nak  kat  dia  kerrr......

Masak2  jap  je  bole  kaya  kan..
Ezani  Farhana Md. Monoto..
Graduate  from  University  of  Adelaide, Australia..
Congrats  also  to  Wahidan..

Saturday 7 January 2012

Langkawi - part 1..




Lama  da  nak  blog  pasal  our  trip  to  Langkawi  nie..
Sampai  da  terlupa ~  12/12/2011..

We  start  our  journey  early  in  the  morning  from  BIL  house..
From  Gurun  to  Jeti  Kuala  Perlis  lebih  kurang  1  jam  je..
Dengan  pemandangan  sawah  padi  terbentang  luas..
Hijauuuuuuuuu..
Sampai  je  Jeti  beli  tiket  dulu, then  kejap  je  da  nak  naik  Feri..
Dalam  feri  ok  je, kids  pun  behave  so  senang  je  la  duduk  diam2..
Dilambung  ombak  rindu  laut, about  45  minit  da  sampai..
Turun  jeti  je, we  all  terus  lunch  sebab  kalau  tunggu2  lagi  lambat..

Nak  cari  kereta  sewa  lg, so  lepas  makan  apa  pun  bole..


Dapat  kereta  terus  jalan2  dulu  before  check  in  bilik..
Motel  we  all  dekat  Pantai  Chenang, adalah  sangat  stratergik..
Lintas  jalan  da  bole  ke  sandy  beach  yg  memang  terbaik..
But  we  all  tidak  ler  ke  beach  dulu..
Harus  melawat  Dataran  Helang  yg  gagah  perkasa..
Bergambar  pose  ala2  model..
Then  terus  ke  Idaman  Suri..
makcik2 +  Langkawi  =  pinggan  mangkuk  ler..

to  be  continue..

Rezeki masing2..

Bermacam  ragam  orang  sekarang, ada  yg  memilih  utk  dibayar  oleh  majikan  dgn  wang setiap  saat  dia  melakukan  kerja  selama  8 /5 days  sehingga  sanggup  mengorbankan masa  n  tenaga  with  family  demi  utk  keteguhan  kewangan  n  cita2..

Ada  yg  memilih  utk  dibayar  oleh  ALLAH  dgn  pahala  setiap  saat  dia  melakukan  kerja selama  24 /7 days  sehingga  sanggup  mengorbankan  cita2  demi  utk kesenangan n kebahagiaan keluarga..

Walau  apapun  jawatan  anda  dlm  hidup,yg  pasti  ALLAH  ada  perancangan  yg  terbaik walau  adakalanya  seakan  tidak  memenuhi  kehendak  kita..


Adakalanya  kita  hanya  melihat  luaran  sehingga  kita  menilai  sesuatu  di luar  fikiran kita, mungkin  ada  yg  benar  n  mungkin  ada  juga  penilaian  kita  tersasar  jd  adalah  baik  kita tidak  melabelkan  sesuatu  berdasarkn  pemerhatian  kerana  we  are  not  in  their  shoes..

Kdgkala  kita  sering  mngatakan  org  itu  sempurna  sedangkan  kita  tidak  sempurna  tetapi kita  seakan  lupa  akan  nikmat2  yg  ALLAH  bagi..

Sebab  itu  mulut  kita  lancang  mengatakan  mengapa  ada  wang  byk  tetapi  xmampu?
Mengapa  ALLAH  bg  byk  rezeki  utk  si polan  itu  bukan  utk  kita?


ALLAH memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.


'' JJCM non stop ''


Last  week.. 1/1/2012
When  my  husb.  keep  on  asking  "what  is  our  plan  this  week?"
I  hav  no  answer  for  him,  i  really  hav  no  idea, what  to  do, where  to  go..
After  breakfast  we  all  lepak2  je  depan  tv..
There  is  no  planning  at  all..
Tetiba  dia  cakap  "jom  pi  KP,  u  kan  selalu  cakap  nak  gi  sana"
Hahhh..  i  ok  je.. Siap2  bertolak  12pm..  Sejam  lebih  je  dari  Sgmt..


Sepanjang  perjalanan  ramai  yg  jual  buah2an  je, durian  n  rambutan  segar..
Merasa  la  zarynn  nak  makan,  sebab  dia  yg  request  je  nak  makan  rambutan..
Cari  makan  je  da  lewat  banyak  kedai  tak  bukak  cuti  lagi  agaknya..
Finally  dapat  juga  makanan  terbaik  n  sedap..
Kedai  Ayam  Panggang  Kenyalang, depan  Hospital  Tunku  Ampuan  Najihah..
I  makan  mi  kolok, my  husb  n  kids  makan  nasi  ayam  Kenyalang..

Ayam  dia  memang  yummy, style  Sarawak, ada  kuah  percik..
Semuanya  ok  except  sup  dia  rasa  pepper  yg  amat  kuat..


Then  cari  Masjid  selesaikan  yg  wajib  then  terus  mencari2  stok..
Ahahaaa..  Daging  salai  n  ayam  salai  untuk  dibawa  balik..
Sampai  ke  Tanjung  Ipoh  kami  merantau..




Lomang  pun  kami  grab  but  isi  dalamnya  mentah  lg..
Finally  sampai  juga  den  ke  Kolo  Pilah..
Pemandangan  nya  masyaALLAH  cantik..
Nape  la  atuk  nenekku  bukan  org  Pilah..
InsyaALLAH  kami  datang  lagi..