Friday 30 December 2011

ARAB SAUDI MUSNAH APABILA 2 JAMBATAN BESAR TERBINA


Salah satu lagi tanda kedatangan Imam Mahdi ialah terbinanya jembatan panjang 
yang menghubungkan Mesir dengan Arab Saudi.

Di sebelah Arab Saudi, jambatan ini akan bermula dari wilayah Ra's Hamid di Tabuk sehingga ke kawasan peranginan mewah Syarm El-Syaikh di Mesir.

Jambatan sepanjang 50 km ini akan merentasi Pulau Tiran di Teluk Aqabah dengan menelan belanja lebih AS$3 bilion dan merupakan usahasama antara pelabur Arab Saudi, Mesir dan Kuwait.

Projek mega pembinaan jambatan ini dilihat mempunyai nilai hubungan geo-politik-ekonomi terhadap masa depan negara2 di rantau Timur Tengah.

Ia juga akan memberi kesan negatif terhadap Israel terutamanya dari segi militer dan ekonomi.

Oleh itu Israel dan Amerika Syarikat telah mengenakan tekanan ke atas Presiden 
Hosni Mubarak ketika itu untuk menggugurkan cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Persoalannya mengapa pihak rejim Zionis-Israel amat takut dengan projek pembinaan jambatan tersebut?

Adakah tersirat alasan yang lebih misteri dan jauh lebih penting dari sekadar 
kepentingan ekonomi dan militer negara Yahudi itu?

Mungkinkah pembinaan jambatan itu mempunyai hubungkait dengan kemunculan Imam Mahdi yang pihak Yahudi sudah pun mengetahuinya sejak sekian lama dari kitab suci mereka?

Kebimbangan mereka mungkin dapat dinukilkan daripada riwayat Imam Jaafar As-Sadiq:

"Di antara tanda muncul Al-Mahdi adalah berkumpulnya dua jambatan. Itu juga merupakan petanda kehancuran kerajaan Bani Abbas."

Riwayat di atas menyimpulkan kemusnahan kerajaan Bani Abbas (pemerintahan keluarga Saud di Semenanjung Hijaz) akan berlaku apabila "berkumpulnya dua jambatan".

Istilah "berkumpul" tidak semestinya bermakna "bersatu" tetapi menjurus kepada maksud dua jambatan yang terpisah namun berada dalam satu kawasan negara yang sama.

Dua jambatan tersebut menghubungkan dua buah negara dan mempunyai pengaruh dan kesan yang amat besar kepada negara terbabit dan juga negara2 sekitar.

Di dalam riwayat disebut dua jambatan - satu dalam perancangan menghubungkan Arab Saudi dan Mesir manakala satu lagi telah pun siap dibuka pada 1986.

Jambatan sepanjang 25 km yang dipanggil Tambak Raja Fahd itu menghubungkan Arab Saudi dan Bahrain dan mula dibina pada tahun 1968 pada kos AS$1.2 bilion.

Pembinaan jambatan ini telah dibayangkan dalam riwayat dari Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib:

"Sebuah jambatan akan dibangun di antara daerah Awwal dan Al-Khath. Jika pembangunan itu telah selesai maka darah akan sampai ke lutut."

"Awwal" yang disebut dalam riwayat Amirul Mukminin adalah nama lama bagi Bahrain sebelum kedatangan Islam.

Ia dinamakan "Awwal" sempena salah satu patung berhala kabilah Bakr bin Wail yang bermukim di Bahrain.

"Al-Khath" dan "Hajar" pula adalah nama wilayah Al-Quthaif dan Al-Ihsa yang merupakan kota2 lama masa silam Bahrain di samping "Awwal".

Mungkinkah tentangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap jambatan kedua yang menghubungkan Arab Saudi dan Mesir kerana sudah mengetahui kesannya kepada masa depan kewujudan mereka?

Hanya masa akan menentukan.

No comments:

Post a Comment