Thursday 26 January 2012

:: Kenapa Perlu 1, 3, 7 & 40 ::



Apa Itu Kenduri Arwah?
Merujuk kepada persoalan tersebut, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu apa yg dimaksudkan dengan kenduri arwah menurut perspektif masyarakat melayu khususnya.Dalam masyarakat melayu, kenduri arwah kebiasaanya diadakan sempena memperingati serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga yg meninggal dunia. 
Selepas sahaja bacaan zikir-zikir dan doa untuk si mati, pihak tuan rumah akan mengadakan jamuan buat santapan para tetamu..
Bagaimana Pula Hukum Kenduri Arwah?
Melihat kepada masalah ini, para ulama’ khilaf  berkenaan kenduri arwah yang dilakukan oleh keluarga si mati. Ini kerana tidak ada nas yang jelas samaada daripada Al-Quran mahupun Hadis dalam penganjuran kenduri arwah ataupun melarangnya.
Namun sekiranya kenduri arwah ini dilakukan oleh orang lain yg bukan dikalangan keluarga si mati maka ia digalakkan oleh Rasulullah SAW. Imam Syafie’ menyebutkan hal ini:


Maksudnya: “Dan aku menyukai bagi jiran atau kerabat menyediakan makanan kepada ahli keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya dengan makanan yang mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan juga merupakan pekerjaan orang yang baik sebelum kami.”
Namun begitu sebahagian ulama’ lain pula berpendapat bahawa ianya tidaklah tertolak kerana perkara sebegini tergolong dalam masalah khilafiyah dan ianya adalah digalakkan oleh Islam serta dapat menambahkan pahala kepada si mati.


Berkata Imam Al-Ghazali di dalam ihya’: “Bukanlah semua perkara bid’ah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bid’ah yang bercanggah dengan sunnah yg tetap dan thabit dan membuang segala arahan syara’.
Ibnu Athir berkata di dalam An-Nihayah: “Bid’ah terdapat dua bahagian iaitu bid’ah petunjuk dan bid’ah kesesatan, sesuatu perkara yang bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW maka ia adalah perkara yang tercela, manakala perkara yang berada di bawah arahan Nabi secara umum maka ia adalah terpuji.” (An-Nihayah  oleh Ibnu Athir jilid 1 muka surat 80)
Justeru, untuk melaksanakan kenduri arwah ini ulama’ telah menggariskan beberapa syarat supaya kenduri arwah ini menjadi harus dan selari dengan syariat Islam:
Pertama
Segala hutang yang bersangkut paut dengan si mati telah pun dijelaskan semuanya termasuklah perbelanjaan dalam urusan menguruskan jenazah si mati.
Kedua
Perbelanjaan untuk menguruskan kenduri arwah tidak boleh menggunakan harta peninggalan si mati melainkan setelah terlaksananya pembahagian harta fariad kepada waris. Jika sekiranya semua waris redha (tidak ada waris yang belum baligh dan tidak ada yang cacat akal) maka boleh diadakan majlis tersebut sebelum selesainya pembahagian harta faraid.
Ketiga
Pelaksanaan kenduri arwah bebas daripada iktikad mengatakan bahawa sunat mengadakan pada hari pertama, ketiga, kelima, ketujuh dan keempat puluh. Maka sebarang penetapan bilangan hari adalah dilarang dan ianya termasuk dalam perkara bida’ah.
“Jadi kenduri arwah bukah satu kewajipanlah ye?
Bertanya seseorang.

“Ye, bukan begitu. Janganlah kerana nak adakan kenduri arwah sampai sanggup berhutang dan bersusah payah, buatlah sekadar termampu dan bila-bila masa sahaja..
“Oh macam tu rupanya..
“Satu lagi, niat juga memainkan peranan penting..usah anggap ianya sebagai tuntutan wajib yang perlu dilakukan waris sehingga mendatangkan mudharat..
Apa Maksud Tahlil Arwah Dan Bagaimana Hukumnya Pula?
Tahlil bermaksud suatu ungkapan atau kata-kata yang bertujuan memuji dan membesar-besarkan Allah SWT serta iringan doa agar si mati diberikan pengampunan oleh Allah SWT.
Menurut Doktor Sayyid Sabiq, amalan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga si mati dan kerabatnya yang memberi manfaat ialah:
1. Doa dan Istighfar
Imam Ar-Ramli di dalam Minhaj dan Ibnu Silah mengakui bahawa bacaan orang hidup kepada roh si mati diterima sebagaimana kita berkata:


Maksudnya: “Ya Allah, sampaikanlah pahala apa yang kami baca kepadanya!”
2. Sedekah
Imam Muslim menegaskan berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bermaksud:


Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Sesungguhnya ayahku telah meninggal dunia dan meninggalkan harta. Beliau telah mewasiatkan harta tersebut kepadaku. Apakah patut aku bersedekah dengan harta tersebut? Sabda Rasulullah SAW: “Ya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Nasai’e)
Amalan ini turut disokong oleh Ibnu Taimiyyah dan Imam Nawawi.
3. Haji
Ibnu Abbas meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW maksudnya:


Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan tidak sempat melakukan ibadah haji. Apakah boleh aku mengerjakan Haji untuknya?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerjakanlah Haji untuknya.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)
Imam Nawawi berkata di dalam kitab Syarah Muslim bahawa kebanyakan ulama’ termasuk Imam Syafie’ berpendapat harus mengerjakan Haji ke atas si mati samaada Haji Fardhu atau Haji Nazar.
4. Membaca Al-Quran
Imam Syafie’ menyebut di dalam kitab Al-Fiqhi Mazahib Al-Arba’ah bahawa pahala membaca Al-Quran sampai kepada mayat. Begitu juga Ibnu Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni menyebut bahawa pahala bacaan Al-Quran itu sampai kepada si mati berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bacalah surah Yasin kepada orang mati di kalangan kamu.”
Beliau menyebut lagi, bahawa ijma’ ulama’ bersepakat bahawa pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati dan mereka sentiasa melakukannya dan tidak ada di kalangan mereka yang mengingkari.
Manakala di dalam Nihayah Al-Muhtaj menyebutkan:


“Disunatkan membaca Al-Quran dan berdoa setelah selesai membacanya. Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada si mayat dan doa selepas membaca Al-Quran lebih cepat dimakbulkan.”
Sekian, Wallahhualam......

No comments:

Post a Comment