Showing posts with label Knowledge... Show all posts
Showing posts with label Knowledge... Show all posts

Thursday, 12 April 2012

AIR ZAM-ZAM

Bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.


Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang 2 juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Friday, 16 March 2012

Bagaimana susu ibu terhasil..

 Jom  tengok  pada  struktur  gambarajah  di bawah >> 




Apa  yg  bole di rumuskan  di sini, kita  dapat  lihat  dgn  jelas,  bahawa  susu  ibu  terhasil, apabila terdapatnya  rangsangan  dari  bayi. Otak  yg  merangsang  kilang2  susu  supaya  menghasilkan susu.  


" Breastfeeding  bukanlah  semudah  yg  disangka, tetapi  bila  kita  dah  laluinya,
ia  adalah  pengalaman  yg  paling  indah  dan  pengurusannya  lebih  mudah  dari  
menguruskan  susu  formula "

Mengandung
Melahirkan 
Dan  menyusukan  itu  FITRAH  seorang  WANITA..

Sunday, 11 March 2012

The First 100 Most Commonly Used English Words

The First Hundred
  1. the
  2. of
  3. and
  4. a
  5. to
  6. in
  7. is
  8. you
  9. that
  10. it
  11. he
  12. was
  13. for
  14. on
  15. are
  16. as
  17. with
  18. his
  19. they
  20. I
  1. at
  2. be
  3. this
  4. have
  5. from
  6. or
  7. one
  8. had
  9. by
  10. word
  11. but
  12. not
  13. what
  14. all
  15. were
  16. we
  17. when
  18. your
  19. can
  20. said
  1. there
  2. use
  3. an
  4. each
  5. which
  6. she
  7. do
  8. how
  9. their
  10. if
  11. will
  12. up
  13. other
  14. about
  15. out
  16. many
  17. then
  18. them
  19. these
  20. so
  1. some
  2. her
  3. would
  4. make
  5. like
  6. him
  7. into
  8. time
  9. has
  10. look
  11. two
  12. more
  13. write
  14. go
  15. see
  16. number
  17. no
  18. way
  19. could
  20. people
  1. my
  2. than
  3. first
  4. water
  5. been
  6. call
  7. who
  8. oil
  9. its
  10. now
  11. find
  12. long
  13. down
  14. day
  15. did
  16. get
  17. come
  18. made
  19. may
  20. part


Thursday, 2 February 2012

Setelah Kewafatan Rasulullah S.A.W..


Walau semakin jauh jarak zamanmu dengan zaman Rasulullah..namun Baginda masih bersamamu dan Baginda mahu terus bersama dengamu. Buktinya...bacaan dalam tahiyyat yang telah diajarkan oleh baginda kepada umat-umatnya...

.......السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته......

"......Kesejahteraan ke atas kamu wahai nabi (Muhammad s.a.w) dan juga rahmat dan keberkatan dari Allah untukmu....."

Oleh kerana baginda tahu suatu hari nanti baginda tidak akan dapat bersama-sama umatnya dalam kehidupan di dunia ini, baginda telah mewasiatkan doa ini kepada umatnya untuk dibaca setiap hari berkali-kali didalam duduknya tahiyat setiap kali kita bersolat.

Sungguh baginda menyayangi dan ingat pada umatnya..

Tetapi  >>

Adakah cukup dengan kita hanya mengingati baginda pada satu hari dalam bulan Rabi'ul Awal untuk melayakkan diri kita untuk bergelar Umat Muhammad s.a.w ........? 

Friday, 20 January 2012

Nak kena baling batu ke?


A ade kat atas bangunan. 
B berada di tingkat bawah. 
A nak panggil B, tapi B tak dengar. 
A pun baling duit syiling ke B dengan harapan B mendongak ke atas. 
Tapi B terus tunduk amik duit syiling tu tanpa memandang ke atas [ke arah A].

Bila A membaling batu ke bawah, lalu mengenai si B, baru B dongak ke atas.

Agak-agak kita dengan Allah macam tu ke? Bila dibagi musibah baru nak pandang Allah??

Bila diberi nikmat tak dikongsi sikit pun dengan orang yang memerlukan (bersyukurlah) ..


Friday, 13 January 2012

‎::Nasihat Imam Ghazali::

~ Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati ~


1. Pintu marah dan syahwat...
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan...
3. Kekenyangan makanan...
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga...
5. Keinginan mengampu...
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu...
7. Harta dan wang ringgit...
8. Lokek dan takutkan kemiskinan...
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina...
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan     

      dan di luar akal fikiran...
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin..



Sunday, 25 December 2011

DOKTOR NEUROLOGI US MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH S.W.T



'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan ALLAH!!!

Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh ALLAH dengan agama-Nya yang indah ini.'

Monday, 19 December 2011

Kekalkan Zat Sayur

Kekalkan Zat Sayur..

Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
  • Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
  • Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
  • Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
  • Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
  • Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
  • Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
  • Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.

Tuesday, 6 December 2011

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)



Saturday, 26 November 2011

Kisah Hijrah RASULULLAH (SAW)



RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. 

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. 

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.  

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. 

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. 

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. 

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.  

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.  

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. 

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. 

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. 


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. 

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. 

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. 

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu. 

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. 

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

** DOA AWAL TAHUN 1433 Hijrah **

DI BACA  3  X  SELEPAS  SOLAT  MAGHRIB

doa-awal-tahun

**Doa Akhir Tahun 1432**

DOA  AKHIR  TAHUN  DI BACA  3 X  SELEPAS  SOLAT  ASAR  SEBELUM  MAGHRIB

doa-akhir-tahun

Saturday, 12 November 2011

Keajaiban 7...

 
Sesungguhnya ALLAH itu ganjil dan DIA suka akan keganjilan dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w,baginda suka menggunakan nombor ganjil berbanding genap dan dalam banyak2 nombor yang diulang-ulang di dalam al-quran adalah NOMBOR TUJUH..
1. Ketika melakukan ibadah HAJI, kita perlu melakukan tawaf iaitu mengelilingi KAABAH sebanyak 7 kali.. Melakukan SAIE iaitu berulang alik dari SAFA ke MARWAH sebanyak 7 kali, melontar JAMRAH sebanyak 3 kali dengan 7 biji batu...ini ketika ibadah haji sahaja...da banyak mengenai 7.

2. Ketika SUJUD dalam solat, sebanyak 7  anggota yang terlibat (2 tangan,2 kaki,2 lutut 1wajah) dimana jika kita ingkar perkara tersebut,seolah-olah kita tidak mahu sujud kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan.

3. ALLAH menciptakan 7  tingkat SYURGA dan NERAKA

4. ALLAH menciptakan 7  lapis  LANGIT dan  7  lapis  BUMI

5. ALLAH menghiasi Al-quran dengan 7  surah yang panjang...

6. Al-fatihah yang kite baca tiap2 hari dalam solat jugak mengandungi 7 ayat

7. Dalam ucapan 2 kalimah syahadah mengandungi 7  ucapan yang merangkumi 1 ayat besar kalimah syahadah iaitLaa Ilaaha Illaa Allaahu Muhammadar Rasuulu Allah

8. ALLAH menjadikan SIANG dan MALAM bersilih ganti selama 7  hari

9. ALLAH hiasi UDARA di langit dengan 7  lapisan UDARA sepertimana dalam firman ALLAH s.w.t dalam surah An-Naba' ayat ke-12 " ' Diterangkan dalam surah tersebut = Langit terdiri dari beberapa lapisan yang dimulai dengan air,embun,besi,perak,emas,mutiara dan mira delima.Setiap satu lapisan berjarak dalam 500 tahun. "

10. PELANGI ada 7 warna. BENUA dunia ada 7.. 7 mengiku skala PH adalah neutral...kenapa x 4??kenapa x 5???

11.Hampir terlupa..  Nafsu pun  ada  7  tingkat...


Wallahuallam...

Wednesday, 19 October 2011

Let's appreciate life more.. be more thankful..

After Sept. 11th, one company invited the remaining members of other companies who had been decimated by the attack on the Twin Towers to share their available office space.


At a morning meeting, the head of security told stories of why these people were alive... and all the stories were just:

The 'L I T T L E' things.


As you might know, the head of the company survived that day because his son started kindergarten.


Another fellow was alive because it was his turn to bring donuts.


One woman was late because her alarm clock didn't go off in time.


One was late because of being stuck on the NJ Turnpike because of an auto accident.


One of them missed his bus.


One spilled food on her clothes and had to take time to change.


One's car wouldn't start.


One went back to answer the telephone.


One had a child that dawdled and didn't get ready as soon as he should have.


One couldn't get a taxi.


The one that struck me was the man who put on a new pair of shoes that morning, took the various means to get to work but before he got there, he developed a blister on his foot.


He stopped at a drugstore to buy a Band-Aid. That is why he is alive today.




Now when I am:
stuck in traffic,
miss an elevator,
turn back to answer a ringing telephone...
all the little things
that annoy me...


I think to myself, this is exactly where ALLAH wants me to be at this very moment...


Next time your morning seems to be going wrong,
the children are slow getting dressed,
you can't seem to find the car keys,
you hit every traffic light,
don't get mad or frustrated;


May ALLAH continue to bless us with all those annoying little things and may us remember their possible purpose.

Pengertian sebenar HAJI MABRURR...


Bersama Tabung Haji:
Oleh Zulkarnain Ali
TUNTUTAN ISLAM: Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah.
Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak
ISTILAH mabrur lebih mashyur di bibir masyarakat daripada mengetahui maknanya yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan haji mabrur?
Ibn Kholawaih mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan pendapat itu (tidak bercampur dosa).
Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ‘Kelebihan Haji Mabrur’, manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab ‘Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan’.
Ini berdasarkan dua riwayat utama, Abu Hurairah dan Aisyah Radiyallahu’anha iaitu:
Riwayat dari Abu Hurairah Radiyallahu’anhu:
Ditanyakan kepada Baginda manakah amalan yang lebih afdal? Maka dijawabnya iman kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian apa? Jihad di jalan Allah. Kemudian? Sabdanya: Haji yang mabrur (diterima).”
Aku dengar Nabi bersabda: sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, kemudian tidak melakukan kerosakan dan tidak fasiq, maka dia akan kembali seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa-dosa)“.
Riwayat ‘Aisyah Radiyallahu’anha:
Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah seafdal-afdal amalan. Adakah kami perlu berjihad? Sabda baginda: Tidak, akan tetapi seafdal-afdal jihad ialah haji yang diterima (mabrur)“.
Bagaimana mencapai haji mabrur?
Secara umumnya, sebagai seorang yang taat kepada Allah dan Rasulnya yang ingin mencapai haji yang diterima di sisi Allah, hendaklah memenuhi kriteria berikut:
  • Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith di atas dengan berkata;
Mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan al-mabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak riak pada hajinya.”
Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah.
Malah, Rasulullah mengajar kita dengan doa yang telah thabit di dalam hadisnya, antaranya doa ketika bermusafir:
Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.
  • Semua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin mengikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat al-Quran.
“Wahai sekalian Rasul, makanlah daripada (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan. Kemudian Rasulullah membacakan lagi:
“Wahai orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan” (Surah al-Baqarah 172).
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata ‘Ya Tuhanku’ sedangkan punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima?”.
  • Melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah di dalam sunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.
Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mampu membawa mudarat dan faedah, kalau bukan kerana aku lihat Rasulullah mengucupnya, sudah aku tidak aku mengucupnya.” (Muttafaqun Alaih).
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.
  • Selepas menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji.
Ini sesuai dengan hadis:
Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita itu: Ya. Sabda Nabi: Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)“. (Sahih Bukhari No Hadith 1720, 6771).
Adakah Haji Mabrur menghapuskan dosa yang besar?
Imam al-Munzir antara yang berpendapat mengatakan bahawa haji yang diterima diampunkan sekali gus dosa yang besar mengikut mafhum hadis berikut;
Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat/dosa dan tidak fasiq, kemudian dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpa dosa).
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama mendalami sebenar inti pati fardu haji. Semoga kita tergolong di dalam golongan orang diterima hajinya di sisi Allah Ta’ala. Dan kembalinya kita ke tanah air dari Makkah biarlah berdasarkan hadis yang telah disebutkan;
“Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat/dosa dan tidak fasiq, kemudian dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpa dosa)”.
INTI PATI
  • Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riak iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan Allah.
  • Melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
  • Semua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
  • Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.
  • Sesiapa yang menunaikan haji, kemudian tidak melakukan maksiat/dosa dan tidak fasiq, kemudian dia kembali seolah-olah seperti bayi yang dilahirkan oleh ibunya (suci tanpa dosa).
- Penulis adalah Pengurus (Hal Ehwal Haji Antarabangsa), Lembaga Tabung Haji.

Sunday, 2 October 2011

:: Exclusive nya Muslim ladies.. ::

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim...

Lelaki non-muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula2 di dlm koceknye, lalu salah 1 darinya dibuka bungkusannya. Kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai. Lalu bertanya kpd lelaki non-muslim "Antara kedua-duanya mana 1 yg kamu akan pilih?

Lelaki non-muslim : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa. ♥♥

Thursday, 29 September 2011

6 easy ways 2 earn Even After Death..




  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, u gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
  • Participate in building a masjid.
  • Place watercooler in a public place.
  • Plant a tree. u gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

Friday, 23 September 2011

jangan susahkan " orang lain "

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”

INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang

 "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA"...