Thursday 27 October 2011

9 reas0n why Hati Tidak Tenang...


PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini 
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari 
peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit 
jantung.

HASAD DENGKI......

Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuanan.


BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari 
dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang 
yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, 
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah 
beri melalui makhluk.

TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak 

kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak 
habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita 
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh 

dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi 
mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang 
memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada 
egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon 
di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan 
mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

CINTA DUNIA......
Tak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-
bahagi dan akhirat dibawa mati.

No comments:

Post a Comment